Rambut kan mahkota, kalau rambut mula gugur pasti kita tak senang duduk kan .. Statistik nya rambut seorang dewasa akan gugur secara purata 100 helai sehari. With in this rage kira masih normal, tapi kalau kebih dari ini mmg patut kita start to worry. CikLove pun mengalami masalah rambut gugur ini. Macam2 CikLove cuba untuk handle masalah nie. Here are some remady yang CikLove dah cuba dan rasa berkesan untuk CikLove :
1. Cuci rambut - mesti cuci rambut selalu. CikLove akan cuci rambut setiap hari. Cuaca negara kita yang panas akan menyebabkan kulit kepala kita berpeluh, berminyak dan secara tak langsung memerangkap kotoran. Kotoran ini kalau tak dibersihkan akan menyebabkan kulit kepala tidak sihat dan seterusnya rambut pun menjadi lemah. Cuba lah try, pasti akan nampak hasilnya.
2. Syampoo - pilihlah syampoo yang sesuai untuk rambut gugur. Tapi kalu boleh jangan lah pilih yang terlalu tinggi chemical nya, kadang2 itu boleh jadi punca rambut gugur.
3. Hair Conditional - bila cuci rambut, mestilah kita gunakan hair conditional kan (kalau tak rambut rasa mcm dawai pulak). Hair conditional untuk rambut yer dik - jgn sampai terkena kulit kepala. Bilas sehingga bersih conditional lepas tu, jangan ada sisa-sisamya tertinggal dikulit kepala.
4. Guna tonik - CikLove memang amalkan yang nie. Hair tonik berfungsi untuk menyihatkan kulit kepala. lepas rambut dah cuci bersih, apply hair tonik pada kulit kelapa dan kemudia massage la kelapa selama beberapa minit. Boleh promote pengaliran darah yang baik pada kulit kepala. CikLove gunakan tonik rambut gamat yang CikLove beli dari Cosway. Tak mahal pun - RM20+ sebotol, amal hari-hari, mmg berkesan untuk CikLove.
5. Sikat - Cuba gunakan sikat yang bergigi jarang dan besar. Ini supaya tidak memberi tekanan pada rambut anda.
6. Hair serum atau minyak rambut - kalau boleh jangan apply minyak kat rambut, nanti rambut jadi berat dan senang gugur. Kalau nak apply juga, apply kat rambut sahaja. Serum pun sama, apply kat hujung rambut sahaja, jangan terkena kulit kepala .
Bagi CikLove, kebersihan dan kesihatan diri adalah kunci penyelesaian. Bila rambut dan diri kita sentiasa bersih, badan pula sihat dan mendapat nutrien yang sepatunya, pasti rambut pun menjadi sihat dan menawan juga - Always tackle your problem at the root!

No comments:
Post a Comment