Anybody stress??? Jom kita de-stress cara CikLove .. Bila CikLove rasa sangat stress, ini lah yang CikLove cari .. combination yg cukup sempurna .. Choclate Lava with Vanilla ice-cream ... yummy!! Tapi awas .. jangan over dose, nanti double stress bila naik atas scale pagi2 .. long exposure boleh menyebabkan diabetics dan obesiti ..
Here CikLove kongsikan recepi Choclate Lava:
Bahan2 yg diperlukan :
100g dark choclate, cut to small cube
100g unsalted butter, cut to small cube
20g self-raising flour
50g caster sugar
2 biji telur
Cara2 :
1. Cairkan dark choclate dan butter di dalam microwave. Kalau tak ada microwave, boleh guna cara double boiler (jgn direct heat tau, nanti hangus lak).
2. Pukul telur dan gula sehingga ia agak2 sebati, tak perlu lama sangat.
3. Campurkan dark choclate dan butter yang telah dicairkan kedalam adunan. Kacau adunan sehingga sebati.
4. Campurkan tepung dan kacau lagi sehingga sebati.
5. Sapu butter pada bekas ramekins dan tuangkan aduanan sehingga 3/4 penuh . Adunan ini boleh menghasilkan 3-4 biji kek.
6. Bakar adunan pada suhu 180C selama 10 minit. Duration bergantung pada oven masing2. Biasanya CikLove perlukan abt 12 minit utk dapatkan choclate lava yang sempurna, meaning masak diluar dan masih berlava.
7. Keluarkan dan hiaskan kek dengan satu scoop ice-cream vanilla.
Things to note abt this recepi :
1. Rasa kek ini sangat dipengaruhi oleh kualiti choclate yang digunakan. Untuk hasilkan kek yang sedap, gunakan choclate yang berkualiti. CikLove personally suka VanHouten.
2. Seeloknya gunakan unsalted butter, rasa masin butter boleh mempengaruhi rasa cake.
3. Recepi ini biasanya sangat manis, CikLove biasanya hanya guna 20g gula. Terpulang pada rasa masing2. Sekiranya menggunakan choclate susu, kurangkan lagi penggunaan gula kerana choclate tersebut sudah manis.
4. Bergantung pada oven masing2, namun jangan bakar lebih dari 15 minit, kemungkinan kek akan masak sepenuhnya.
Kalau malas nak buat sendiri, CikLove biasanya gi Kenny Rogers Rosters jer... "Choc Oasis satu, air suam satu yer dik" Senang kan .. cepat dan mudah :)

No comments:
Post a Comment