Friday, July 5, 2013

Bandung day trip




Entry nie bagi yang gila shopping macam CikLove. Bandung memang syurga shopping bagi orang Malaysia. Biasanya kalau ke Bandung, CikLove Cuma target nak beli baju/kain sahaja. Barangan lain mcm handbag, kasut semua tu CikLOve tak minat, tapi all those items mmg murah.
Flight dari KL-Bandung ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Schedule flight AirAsia sekarang memang membolehkan kita buat day trip to Bandung. CikLove biasanya akan ambil the first flight at 6.30am from KL dan return flight at 7.30pm.
CikLove cadangkan for the first timer, jgn buat day trip- nanti tak sempat nak rasa spirit Bandung. Lagipun kalu first timer mesti tak tau nak expect apa kat sini. Baca blog tak sama dik! Day trip sesuai untuk those yang aim nak shopping sajer, and dah tau apa yang nak dibeli. CikLove cuma target 2 tempat jer during this trip – Pasar Baru dan factory outlet.   

Ok, sampai jerk at airport, CikLove akan terus keluar dan cari taxi – don’t worry, banyak taxi kat sini. First destination adalah Pasar Baru. 

Pasar baru nie actually complex ala2 Pasar Siti Khatijah kat Kelantan tu.Kat sini ada 7 tingkat dan setiap tingkat dah specific jual barang apa. Antara yang terdapat kat sini segala jenis kain - kain ela, kain sulam,kain batik, baju siap, telekung, tudung, kasut, handbag, accessories wanita. So, decide dulu apa yang dibeli dah terus pergi ke tingkat yang sepatutnya. Kalau nak jalan2 setiap tingkat alamatnya sampai ke petang belum tentu habis. Harga memang best, but mesti ke bargain giler2. CikLove selalu pegang rule 50% off. Kat sini nak beli runcit pun boleh, nak beli pukal pun boleh. Tetap dilayan baik. 


Dekat Pasar Baru nie CikLove aim untuk beli kain ela dan kain sulam jer. Harga memang berganda2 murah dari Malaysia, kualiti terjamin (pandai2lah pilih yer) dan boleh dapat design2 terbaru. Baju2 siap macam blouse, maxi or dress pun banyak dan murah kat sini,tapi jgnlah expect nak dapat barang branded. Kalau bab barangan kulit, kasut atau handbag CikLove memang tak berapa minat nak beli kat sini. Barangan nie of coz lah barang imitate dan quality tak seberapa. Accessories wanita macam necklace, bracelet, brooch pun cantik2 kat sini. One more, some of kedai2 besar kat sini terima credit card payment, but kedai2 kecil on cash basis lah.   

Ok, selesai beli apa yang patut kat sini, CikLove akan terus menuju ke factory outlet. Normally by pukul 2pm dah boleh gerak ke factory outlet. Factory outlet kebanyakan terletak di Jalan Dago, agak jauh gak dari Pasar Baru. Satu lagi yang kene bare in mind, tahap kesesakan jalan raya kat sini lebih teruk dari KL.So, plan your journey well. Factories Outlet memang banyak kat sini, and during my first visit dulu (4D3N) CikLOve dah pusing semua FO dan conclude Rumah Mode paling best. Rumah Mode antara FO yang terbesar. Kat sini bolehlah kalau nak shopping baju kerja, baju anak2, kasut dan beg pun ada. Barangan kat sini biasanya rejected branded goods. So, pandai2lah pilih.Lepas habis shopping, paling lewat pun pukul 4.30ptg, dah kena headed back to airport. Jammed kat sini unpredictable, so better be early. 


Satu lagi tempat yang CikLove suka singgah adalah KartikaSari. Kartikasari nie bakery yang terkenal kat Bandung dan cuma ada di Bandung jer. Yang paling best kat sini adalah brownies dia, memang marvelous!. CikLove suka bagelen cheese – biskut ala2 biskut kek kat Malaysia tapi ditabur cheese dan rasanya super duper marvelous! Kalau tengok rupa, biasa2 jer tapi sekali cuba, mesti nak lagi.Must try!! Kalau tak sempat nak singgah, don’t worry, kat airport pun ada outlet yang jual bagelen cheese ini, Cuma maybe mahal sket la, airport rate.    

Few tips ...
1. Plan your journey well, this is a short trip- you dont have much time. Do not go on weekend, hari nie Bandng sesak dengan org2 dari Jakarta.
2. Wear something very comfortable to you, especially shoes. You gonna do a lot of walking today.
3. If possible, take your breakfast either before boarding or on plain, heavy breakfast is better, sebab kat sana nanti susah nak cari tempat makan yang ok
4. Bring along your convertor - jgn nak congak2 jer, karang kene tipu. I used to do my own convertor, make sure its from Rp to RM. 
5. Jangan tukar byk sgt duit ke Rp, tak habis nanti nak tukar balik rugi. 
6. Extra caution on pick pocket especially di Pasar Baru 
7. Tak perlu suruh taxi tunggu kat Pasar Baru atau FO, mahal! Just tunggu taxi kat tepi jalan nanti. 
8. Trafik kat sana sangat teruk, gerak lebih awal especially nak ke airport.
       

  

Sunday, June 30, 2013

Rambut Gugur??? Tidak!!

Rambut kan mahkota, kalau rambut mula gugur pasti kita tak senang duduk kan ..  Statistik nya rambut seorang dewasa akan gugur secara purata 100 helai sehari. With in this rage kira masih normal, tapi kalau kebih dari ini mmg patut kita start to worry.  CikLove pun mengalami masalah rambut gugur ini. Macam2 CikLove cuba untuk handle masalah nie. Here are some remady yang CikLove dah cuba dan rasa berkesan untuk CikLove :

1. Cuci rambut - mesti cuci rambut selalu. CikLove akan cuci rambut setiap hari. Cuaca negara kita yang panas akan menyebabkan kulit kepala kita berpeluh, berminyak dan secara tak langsung memerangkap kotoran. Kotoran ini kalau tak dibersihkan akan menyebabkan kulit kepala tidak sihat dan seterusnya rambut pun menjadi lemah. Cuba lah try, pasti akan nampak hasilnya.

2. Syampoo - pilihlah syampoo yang sesuai untuk rambut gugur. Tapi kalu boleh jangan lah pilih yang terlalu tinggi chemical nya, kadang2 itu boleh jadi punca rambut gugur.

3. Hair Conditional - bila cuci rambut, mestilah kita gunakan hair conditional kan (kalau tak rambut rasa mcm dawai pulak). Hair conditional untuk rambut yer dik - jgn sampai terkena kulit kepala. Bilas sehingga bersih conditional lepas tu, jangan ada sisa-sisamya tertinggal dikulit kepala.

4. Guna tonik - CikLove memang amalkan yang nie. Hair tonik berfungsi untuk menyihatkan kulit kepala. lepas rambut dah cuci bersih, apply hair tonik pada kulit kelapa dan kemudia massage la kelapa selama beberapa minit. Boleh promote pengaliran darah yang baik pada kulit kepala.  CikLove gunakan tonik rambut gamat yang CikLove beli dari Cosway. Tak mahal pun - RM20+ sebotol, amal hari-hari, mmg berkesan untuk CikLove.

5. Sikat - Cuba gunakan sikat yang bergigi jarang dan besar. Ini supaya tidak memberi tekanan pada rambut anda.

6. Hair serum atau minyak rambut - kalau boleh jangan apply minyak kat rambut, nanti rambut jadi berat dan senang gugur. Kalau nak apply juga, apply kat rambut sahaja. Serum pun sama, apply kat hujung rambut sahaja, jangan terkena kulit kepala .

Bagi CikLove,  kebersihan dan kesihatan diri adalah kunci penyelesaian. Bila rambut dan diri kita sentiasa bersih, badan pula sihat dan mendapat nutrien yang sepatunya, pasti rambut pun menjadi sihat dan menawan juga - Always tackle your problem at the root!

Friday, June 28, 2013

Nak wajah glowing naturally?

Setiap wanita mengimpikan wajah yang flawless dan glowing tapi tak semua dari kita is blessed with such skin. Tapi its ok, here some make up tips yang kita boleh ikut utk dapatkan effect wajah yang flawles dan glowing naturally ...
1. Foundation
Pilih foundation yang suit with your tone well, takde lah jadi macam opera cina nanti. Cara nak pilih color yang sesuai adalah apply the foundation on your face, bukan kat belakang tangan yer dik. Untuk dapatkan effect yang sempurna, pilih cream or liquid based foundation. Apply dengan menggunakan wet sponge - effect lebih blend and tone pun lebih sekata. Awas : jangan terlalu tebal yer, otherwise dia dah tak jadi natural nanti. Lepas tu bolehlah apply powder. CikLove selaunya apply foundation tak terlalu tebal, sekadar nak tutup pores yang besar2 jer. Lepas tu CikLove akan apply compact power pulak. Untuk powder CikLove guna kabuki brush. Guna brush lebih mudah supaya sapuan lebih sekata.
 
2. Blusher
After dah puas hati dengan foundation and powder, now time to apply blusher.Apply blusher kat cheekbone.  Pilih color yang soft contohnya soft pink supaya nampak lebih natural. CikLove biasanya guna powder blusher dan CikLove akan apply juga pada zone-T dan dahi secara nipis. This will give fresh effect to our face, tak nampak pucat sangat. Tapi ingat tau, mesti sangat nipis, otherwise tak nampak natural.
 
3. Mata
Since kita nak wujudkan effect flawless, we should keep minimal make up untuk mata. Tak perlu buat smoky eyes, mascara and eye liner yer dah memadai. CikLove biasanya hanya letak mascara jer.

4. Lips
Untuk bibir pun sama juga, tak perlu color yang bright such as red chilies. Opted to nude color, this will give more natural look.

5. Lepas dah siap make up, tunggu lebih kurang 5 - 10 min and recheck hasil make up dibawah pencahayaan yang baik (dibawah lampu putih, dan tidak terlalu gelap). Touch up lah kalau perlu.

Namun apa yang lebih penting seri wajah kita yang sebenar is coming from your inside. Kesihatan yang baik, hati yang bahagia dan gembira, right attitude toward life, confidence - all this yang akan create a great aura dan terpancar melalui wajah.

4D3N Krabi - Part 2

Ok .. here sambungan on things we should do in Krabi .. 

2. Elephant trekking. 


This activities will take about one and half hours plus 30 min traveling time to the place. Sebelum start with elephant trekking, we was served with elephant dance for about 15 minit. Yang uniknya about elephant trekking adalah gajah nie akan masuk ke hutan, bukan berjalan di jalan rata. Pada CikLove this experience nie memang best dan sangat berbeza dengan pengalaman naik gajah di jalan raya atau padang lapang. Should try!! 



3. Spa and Massage
Bagi penggemar spa dan massage seperti CikLove, Krabi adalah tempat yang sesuai untuk memanjakan diri. Price utk spa dan massage di sini sangat berpatutan, depends on tempat yang dipilih. Generally, rate untuk facial or body treatment adalah between RM20 -RM40 while for massage is RM20-RM30 per hours. Bagi CikLove, facial here biasa jer, but body treatment and massage memang best. Tapi bagi penggemar medicure and pedicure, sorry gals , no buffing here. So CikLove tak buat kuku pun kat sini, just buat facial, body treatment and massage. Memang sgt refreshing!   


4. Cabaret Show 
Dont miss the show - very entertaining! This is actually entertainment show by ladyboy. Those ladyboy sangat cantik, sekali pandang silap2 tak boleh differentiate tulen ke tiruan. 






5. Shopping
Time for retail therapy! Macam2 dijual sepanjang walking street- cloths, souvenir, accessories, bags .. Bt ladies, 2 rules applies here - 1. mesti pandai bargain, start with 50% off, and if they accept your first offer, that price is too high already. 2. only start bargain if you really interested to buy.








6. Enjoy the food 
Udang tampura
Actually bagi muslim, tak susah untuk makan disini keraa majority penduduk Krabi adalah Muslim. Seafood kat sini memang sangat awesome!You can choose sama ada nak makan kat restoran or gerai. Harga bergantung pada tempat yang kita pilih. CikLove pilih untuk makan kat gerai2 jer, kebanyakan pelancong memang makan kat gerai2 jer sebab selain dari faktor harga, rasanya juga lebih sedap. CikLove favorite food kat sana adalah udang tempura. Udangnya besar, fresh dan sangat sedap. Di cicah pulak dengan sos thai .. wallahhh .. terbaek! Harganya pula cuma RM5 satu. Also jangan lupa utk rasa tomyam, rasanya sgt original.
Pancake
Another food yang menjadi sebutan pelancong adalah pancake. Jgn tertipu dengan namanya, actually pancake nie lebih kepada roti canai yang ditambh flavor yang dipilih. Macam2 ada .. pineapple, chestnut with choclate, manggo, banana dan mcm2 lg .. CikLove suka pineapple.. and of coz kene request for less oil. 

These are some activities you could do in Krabi. What most important plan your activities well so its suit with your interest.   

Wednesday, June 26, 2013

Berdiet dengan Soup ...

What's for lunch? Hari nie CikLove pilih untuk ber-bihun sup utara pulak, diet la konon. Ok, here few facts yang perlu kita tahu :
1. Between mee, bihun dan kuey teow - bihun mengandungi kandungan kalori paling rendah, diikuti mee dan kuey teow pulak paling tinggi. Tapi awas, sekiranya digoreng, bihun berpotensi menyerap minyak lebih banyak.
2. Kalori dalam semangkung bihun sup adalah lebih kurang 350-450kcal, bergantung pada saiz hidangan dan kandungan rencahnya. Kalau kita tambah pegedil (fav CikLove nie!), alamatnya bertambahlah kandungan kalori
3. Saiz hidangan - kalau tengah berdiet, jangan ambil bihun/mee/kuey teow terlalu banyak, kalu boleh limitkan pada segenggam jer. CikLove biasanya lagi suka makan rencah2nya daripada bihunnya..
4. Sup - bila makan bihun sup, mestilah kita suka hirup supnya kan, CikLove memang gemar hirup sup nie, kuah jer yang kering nanti. Tapi awas yer, kalau kita makan kat luar, dalam sup nie biasanya banyak ajimato dan perasa, silap2 boleh kena diabetis nanti kalau amal hari2. Kalau lepas makan sup nie dalam setengah jam kita start rasa dahaga sesangat, maksudnya byklah ajimoto dalam sup tu.
5. Tambahkan perahan limau dan cili sambal - selain dari menjadikan bihun sup lebih sedap, chili juga bantu naikkan sikit metabolisme badan dan secara tak langsung cepatkan penghadaman. Selain itu, boleh request extra sayuran. Makan sayur dan isi (ayam/daging) dulu, nanti kita dah kenyang dan tak ambil banyak bihunnya.

Soup memang sesuai utk mereka yang berdiet, kandungan kalorinya sederhana tinggi dan kuahnya akan bantu kita utk lebih cepat merasa kenyang. Bagi CikLove, kalau ada masa, lebih baik masak sendiri kat rumah so kita boleh control kualiti sup tersebut - no MSG, no perasa tiruan, more vegetables, and if possible tak perlu tumis, rebus saja - tu lebih sihat!
  

4D3N Krabi - Part 1

Trip CikLove to Krabi was last January, best time to visit Krabi sebab masa nie laut just nice. Kalau boleh elakkan pergi dalam bulan April - July sebab time nie laut sangat bergelora. So, these are few tips for those yang nak gi short break kat Krabi ..

Must Do Things in Krabi:
1. Island hopping
The popular package  is  4-Islands trip. Trip nie akan ambil masa almost seharian jugak, dari pukul 9am to 4pm. Pulau yang akan dibawa biasanya Koh Poda, Chicken Island, Koh Tub dan Phra Nang Cave Beach.
Phra Nang Cave Beach                  
Phra Nang Cave Beach actually bukan pulau, tapi dia terlelak di railay which is not accessible by road. Pemandangan kat sini super marvelous. Pasir halus, sangat bersih dan air kat sini sangat jernih. Kat sini juga ada cave dan sesiapa yang suka panjat boleh lah ambil masa utk menikmati keindahan gua batu kapur kat sini. According to our tourist guide, this is the most beautiful place in Thailand. CikLove dan member2 tak panjat2 pun but we spend most of time sawan2 camera dan swiming. Swimming kat sini sgt heaven. Kalau tak tau berenang pun boleh main air sebab pantainya landai.
Koh Tub
The second island is Koh Tub. Dari pulau ini, terdapat beting pasir which connecting the 2 islands. So bila air surut, kita boleh jalan kaki untuk cross ke island yang satu lagi. Waktu CikLove sampai sana air tengah tinggi, separas bahu mat saleh .. so CikLove decide tak cross lah .. (hehe ... kalu kat bahu dia, sah2 lah CikLove dah tenggelam kan). Kat sini jugak terdapat anak2 ikan yang sangat jinak berenang kat tepi pantai. Angin pulak kat pantai nie bertiup sangatlah sedap sampai CikLove tak perasaan matahari time tu kat atas kepala .. sedar2 dah sunburn.. so, ingat tau, reapply your sunblock, again and again and again ..
Koh Poda
The third island is Chicken Island - pulau nie cuma batu jer, tak singgah, just tengok dari atas bot jer and boleh la nak snap pictures.Then we heading to satu spot untuk snorkeling. Personally, CikLove tak enjoy snorkeling kat sini, sebab view kat sini tak cantik sangat. Ikan pun takde.. best lagi snorkling kat Semanjung or Sabah.
The last island is Koh Poda. Pulau nie agak besar, another buetiful island. Kat sini ada local people yang jual makanan ringan likes jagung bakar, rojak, soft drink. Kebersihan pantai nie memang terjaga. Uniknya, setiap penjaja di pulau nie akan sediakan tong sampah dan bertanggungjawab terhadap plastik makanan yang dijual.
Point to notes for island hopping:
1. Always put on your sunblock .. apply before you hit to the boat and re-apply it, again and again
2. Kalau possible, tak yah bawak handphone or other gadgets ..masuk air laut dah takde ampun dah nanti..
3. Kalu bawak water proof beg, pastikan level beg tersebut.
4. Takyah bawak baju salin ... memang tak salin pun nanti
5. Keep yourself hydrated - drink a lot, a lot of plain water.

To be continue ...

Tuesday, June 25, 2013

"Bila nak kawin nie??"

Gambar hiasan dari http://sejam2.fotopages.com                      
"Eh Leha, ko nie bila lagi nak kawin? Ko tengok Si Jenap tu, dah 5 orang anak dia ..."

Soalan standard yang wanita sebaya CikLove nie dengar bila attend kenduri ker, gathering ker or bila sesekali balik kampung atau bertandang rumah sedara-mara. So bila soalan nie diajukan .. CikLove pun dah ada stardard jawapan, bergantung pada siapa yang bertanya ...
1. Kalau yang bertanya tu makcik2 kampung yang kepoci, CikLove sengih2 gelak cakap "tak de yg bekenan lg, makcik, nak buat mcm mana".
2. Kalau yang bertanya tu sepupu sepapat, CikLove jawap .. "kak long recomen la sorang, tapi dah alang2 nak recomen tu, cari la yang hansome ala2 aron aziz, paling penting kaya, tau mau la satgi sengkek memanjang..",
3. Kalau kawan-kawan lak CikLove jawap .. " nanti la dulu, CikLove nak kumpul harta dulu, jalan2 pusing dunia .. time sorang nie la senang ...",
4. Kalau bonda, CikLove jawab .."Bonda doalah banyak2, doa ibu tu mustajab.."
5. Kalau boss tanya, CikLove cakap .."ala boss, x sempat nak dating, keje banyak sangat ..."
Paling penting, lepas cakap kena gelak-gelak mesra, muka jangan ketat ...

De-Stress Theraphy

 
Anybody stress??? Jom kita de-stress cara CikLove .. Bila CikLove rasa sangat stress, ini lah yang CikLove cari .. combination yg cukup sempurna .. Choclate Lava with Vanilla ice-cream ... yummy!! Tapi awas .. jangan over dose, nanti double stress bila naik atas scale pagi2 .. long exposure boleh menyebabkan diabetics  dan obesiti .. 
Here CikLove kongsikan recepi Choclate Lava: 

Bahan2 yg diperlukan : 
100g dark choclate, cut to small cube
100g unsalted butter, cut to small cube
20g self-raising flour
50g caster sugar
2 biji telur 

Cara2 :
1. Cairkan dark choclate dan butter di dalam microwave. Kalau tak ada microwave, boleh guna cara double boiler (jgn direct heat tau, nanti hangus lak). 
2. Pukul telur dan gula sehingga ia agak2 sebati, tak perlu lama sangat. 
3. Campurkan dark choclate dan butter yang telah dicairkan kedalam adunan. Kacau adunan sehingga sebati. 
4. Campurkan tepung dan kacau lagi sehingga sebati. 
5. Sapu butter pada bekas ramekins dan tuangkan aduanan sehingga 3/4 penuh . Adunan ini boleh menghasilkan 3-4 biji kek.
6. Bakar adunan pada suhu 180C selama 10 minit. Duration bergantung pada oven masing2. Biasanya CikLove perlukan abt 12 minit utk dapatkan choclate lava yang sempurna, meaning masak diluar dan masih berlava.
7. Keluarkan dan hiaskan kek dengan satu scoop ice-cream vanilla. 

Things to note abt this recepi : 
1. Rasa kek ini sangat dipengaruhi oleh kualiti choclate yang digunakan. Untuk hasilkan kek yang sedap, gunakan choclate yang berkualiti. CikLove personally suka VanHouten.   
2. Seeloknya gunakan unsalted butter, rasa masin butter boleh mempengaruhi rasa cake. 
3. Recepi ini biasanya sangat manis, CikLove biasanya hanya guna 20g gula. Terpulang pada rasa masing2. Sekiranya menggunakan choclate susu, kurangkan lagi penggunaan gula kerana choclate tersebut sudah manis.
4. Bergantung pada oven masing2, namun jangan bakar lebih dari 15 minit, kemungkinan kek akan masak sepenuhnya.
 
Kalau malas nak buat sendiri, CikLove biasanya gi Kenny Rogers Rosters jer... "Choc Oasis satu, air suam satu yer dik" Senang kan .. cepat dan mudah :)

Monday, June 24, 2013

Jom ber-Subway!!

Lamanyer CikLove tak blogging .. dah rasa berkarat skill mencoret nie ...CikLove nak share apa yang CikLove pilih utk lunch hari nie ... taadaaa ... 6inch Subway sandwich -Chicken Slices, Parmesan Oregano, semua vege except cucumber, onion and olive  .. sos lak, CikLove nak BBQ (extra yer dik ;)) dan chili ... wallahh .. haaa, simple, tak yah gulai kari bagai ... CikLove mmg pengemar tegar roti and sandwich (ala2 omputeh gitu), pendek kata kalau ada roti, tak pekena nasik sehari pun takpe, sebab tu lah CikLove takde masalah bila start diet no nasik. On that diet, lain topik kita cerita ... Sedikit fact abt Subway di Malaysia .Subway - one of the fast food that offer healthy food and medium calories, sesuai utk yang berdiet. Tapi haruslah pandai yer -
1.Pilihan roti - pilihlah yang wholewheat contohnyer honey oat, and if you really concern on your calories intake, you may opt to wrap. This offer lower calories as compared to bread.
2. Cheese - sumber protien, but if you are seriously on diet, never ask for extra cheese, maintain sekeping.
3. Menu - this is crucial. Try to opt for less fat menu such as chicken slice, chicken roasted, turkey breast. This is more healthier. B.M.T (which is also CikLove's fav) is not a good choice as its contained high sodium and hidden fat in those peperonies. Sekali sekala should be ok! Kalu nak super sihat, order jer vege delight.         
4. Vegetables - you can take all, no harm. Some says you should omit olive, but CikLove rasa tak jadi hal lah .. belasah jer ..
5. Dressing - ok, this is the real trap, choice and amount play a very significant role. Kalau boleh elakkan mayonis, thousand island (alamak! nie yg sedap nie) gantikan dengan honey mustard. Tapi kalau nak jugak mayo or thousand island, maybe boleh minimumkan (ingat tau, 1 sudu kecil mayo = 45cal!).
So sekarang bolehlah nikmati sandwich sihat yg kita pilih. Take into account those consideration, the meal calories can be maintained around 350cal - 400 cal (manage your dressing choice well). Of coz,avoid other side menu - soft drink, chips dan cookies (ohhh, the cookies is so marvelous!!)  Jomm lunch!!!