Friday, July 5, 2013

Bandung day trip




Entry nie bagi yang gila shopping macam CikLove. Bandung memang syurga shopping bagi orang Malaysia. Biasanya kalau ke Bandung, CikLove Cuma target nak beli baju/kain sahaja. Barangan lain mcm handbag, kasut semua tu CikLOve tak minat, tapi all those items mmg murah.
Flight dari KL-Bandung ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Schedule flight AirAsia sekarang memang membolehkan kita buat day trip to Bandung. CikLove biasanya akan ambil the first flight at 6.30am from KL dan return flight at 7.30pm.
CikLove cadangkan for the first timer, jgn buat day trip- nanti tak sempat nak rasa spirit Bandung. Lagipun kalu first timer mesti tak tau nak expect apa kat sini. Baca blog tak sama dik! Day trip sesuai untuk those yang aim nak shopping sajer, and dah tau apa yang nak dibeli. CikLove cuma target 2 tempat jer during this trip – Pasar Baru dan factory outlet.   

Ok, sampai jerk at airport, CikLove akan terus keluar dan cari taxi – don’t worry, banyak taxi kat sini. First destination adalah Pasar Baru. 

Pasar baru nie actually complex ala2 Pasar Siti Khatijah kat Kelantan tu.Kat sini ada 7 tingkat dan setiap tingkat dah specific jual barang apa. Antara yang terdapat kat sini segala jenis kain - kain ela, kain sulam,kain batik, baju siap, telekung, tudung, kasut, handbag, accessories wanita. So, decide dulu apa yang dibeli dah terus pergi ke tingkat yang sepatutnya. Kalau nak jalan2 setiap tingkat alamatnya sampai ke petang belum tentu habis. Harga memang best, but mesti ke bargain giler2. CikLove selalu pegang rule 50% off. Kat sini nak beli runcit pun boleh, nak beli pukal pun boleh. Tetap dilayan baik. 


Dekat Pasar Baru nie CikLove aim untuk beli kain ela dan kain sulam jer. Harga memang berganda2 murah dari Malaysia, kualiti terjamin (pandai2lah pilih yer) dan boleh dapat design2 terbaru. Baju2 siap macam blouse, maxi or dress pun banyak dan murah kat sini,tapi jgnlah expect nak dapat barang branded. Kalau bab barangan kulit, kasut atau handbag CikLove memang tak berapa minat nak beli kat sini. Barangan nie of coz lah barang imitate dan quality tak seberapa. Accessories wanita macam necklace, bracelet, brooch pun cantik2 kat sini. One more, some of kedai2 besar kat sini terima credit card payment, but kedai2 kecil on cash basis lah.   

Ok, selesai beli apa yang patut kat sini, CikLove akan terus menuju ke factory outlet. Normally by pukul 2pm dah boleh gerak ke factory outlet. Factory outlet kebanyakan terletak di Jalan Dago, agak jauh gak dari Pasar Baru. Satu lagi yang kene bare in mind, tahap kesesakan jalan raya kat sini lebih teruk dari KL.So, plan your journey well. Factories Outlet memang banyak kat sini, and during my first visit dulu (4D3N) CikLOve dah pusing semua FO dan conclude Rumah Mode paling best. Rumah Mode antara FO yang terbesar. Kat sini bolehlah kalau nak shopping baju kerja, baju anak2, kasut dan beg pun ada. Barangan kat sini biasanya rejected branded goods. So, pandai2lah pilih.Lepas habis shopping, paling lewat pun pukul 4.30ptg, dah kena headed back to airport. Jammed kat sini unpredictable, so better be early. 


Satu lagi tempat yang CikLove suka singgah adalah KartikaSari. Kartikasari nie bakery yang terkenal kat Bandung dan cuma ada di Bandung jer. Yang paling best kat sini adalah brownies dia, memang marvelous!. CikLove suka bagelen cheese – biskut ala2 biskut kek kat Malaysia tapi ditabur cheese dan rasanya super duper marvelous! Kalau tengok rupa, biasa2 jer tapi sekali cuba, mesti nak lagi.Must try!! Kalau tak sempat nak singgah, don’t worry, kat airport pun ada outlet yang jual bagelen cheese ini, Cuma maybe mahal sket la, airport rate.    

Few tips ...
1. Plan your journey well, this is a short trip- you dont have much time. Do not go on weekend, hari nie Bandng sesak dengan org2 dari Jakarta.
2. Wear something very comfortable to you, especially shoes. You gonna do a lot of walking today.
3. If possible, take your breakfast either before boarding or on plain, heavy breakfast is better, sebab kat sana nanti susah nak cari tempat makan yang ok
4. Bring along your convertor - jgn nak congak2 jer, karang kene tipu. I used to do my own convertor, make sure its from Rp to RM. 
5. Jangan tukar byk sgt duit ke Rp, tak habis nanti nak tukar balik rugi. 
6. Extra caution on pick pocket especially di Pasar Baru 
7. Tak perlu suruh taxi tunggu kat Pasar Baru atau FO, mahal! Just tunggu taxi kat tepi jalan nanti. 
8. Trafik kat sana sangat teruk, gerak lebih awal especially nak ke airport.